Tarikh : 12 Jun 2014
Tuan/Puan
SUMBANGAN DERMA PEMBINAAN MASJID TAMAN DELIMA,
KLUANG JOHOR
Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas, pihak kami ingin memohon bantuan dari pihak tuan untuk menghulurkan sumbangan ikhlas bagi pembinaan masjid baru Taman Delima, Kluang Johor.
2. Tujuan pembinaan masjid ini ialah untuk
memudahkan penduduk/Jemaah Islam menjalankan kewajiban dalam menunaikan solat dan lain-lain
aktiviti-aktiviti keagamaan.
Sesungguhnya firman Allah S.W.T “Dan belanjakan (dermakan) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal seseorang dari kamu. (Kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” (Al-Munafiquun : 10)
3. Besarlah
harapan kami agar sumbangan ikhlas tuan disalurkan atas nama TETUAN MASJID TAMAN DELIMA” di Bank Muamalat cawangan Kluang dengan
nombor akaun 0104-0002609-71-8. Diatas kerjasama dan kesudian tuan
menghulurkan sumbangan dan derma didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
