Wednesday, June 11, 2014


            جاوتن كواس ڤمبينٲن مسجيد  تامن دليما
JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID TAMAN DELIMA 
D/A NO. 66 JALAN 1
    TAMAN DELIMA , 86000 KLUANG, JOHOR



Tarikh  :  12 Jun 2014


Tuan/Puan

SUMBANGAN DERMA PEMBINAAN MASJID TAMAN DELIMA, KLUANG JOHOR

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas, pihak kami ingin memohon bantuan dari pihak tuan untuk menghulurkan sumbangan ikhlas bagi pembinaan masjid baru Taman Delima, Kluang Johor.

2.         Tujuan pembinaan masjid ini ialah untuk memudahkan penduduk/Jemaah Islam menjalankan kewajiban dalam  menunaikan solat dan lain-lain aktiviti-aktiviti keagamaan. 

Sesungguhnya firman Allah S.W.T “Dan belanjakan (dermakan) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal seseorang dari kamu.  (Kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” (Al-Munafiquun : 10)

3.         Besarlah harapan kami agar sumbangan ikhlas tuan disalurkan atas nama TETUAN MASJID TAMAN DELIMA” di Bank Muamalat cawangan Kluang dengan nombor akaun 0104-0002609-71-8.  Diatas kerjasama dan kesudian tuan menghulurkan sumbangan dan derma didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih


                                                                

No comments:

Post a Comment